Fahrin Ahmad membawa watak Firdaus dan menjadi suami kepada Ain lakonan Tasha Shilla. Fahrin juga sebagai abang kepada Sharizal Jazle yg pegang watak Faiz. Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain difitnah bersedudukan dgn Firdaus. Sebenarnya Faiz yang merancang semuanya hingga mereka dihalau oleh bapa Firdaus – Haji Ilham. Namun, Firdaus sanggup menikahi Ain dan berhijrah ke Abu Dhabi sebagai jurutera.
Khabarnya drama ini macam cerita Kabhi Kushi Khabi Gham. Fareez Lakonan Aiman Hakim Ridza berperanan sebagai adik bongsu cuba untuk menyatukan ahli keluarganya semula. Ayahnya, tetap tidak mahu menerima Firdaus semula dan menggangap Faiz sebagai anak sulungnya. Ego Firdaus pula menyebabkan dia masih terasa hati hingga tidak mahu pulang ke Malaysia.
Faiz yang menjadi harapan ayahnya sering keluar berhibur hingga mengabaikan tanggungjawabnya pada syarikat famili dan sering membuatkan ayahnya marah. Sebenarnya Firdaus dan ayahnya Haji ilham sama-sama ego. Ayah mana tak rindukan anaknya? Fareez mencintai Meera walaupun dia tahu kisah silam Meera. Sebenarnya Firdaus pernah bertunang dengan Fatin Zaharah. Dapatkah Firdaus mencintai Ain seperti mana dia mencintai Fatin?
Lagu Tema Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi OST untuk drama ini bertajuk “Siapa Ingin Membawa” dendangan Fahrin Ahmad sendiri
Lagu Ciptaan : Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya